Friday, May 8, 2009

ujian,lagi

dengan nama tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.

aku bukan ustaz , walaupun belajar di sekolah yang ramai ustaz uatazah dan bakal ustaz ustazah. jadi, coretan ini hanyalah coretan manusia biasa .

ujian.banyak kali dah dengaq perkataan ni(tiba2 ghasa nak cakap kedah) sebanyak mana setiap seorang manusia di bumi ni menghadapinya. K , kita kena ingat bahawa Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang( buktinya sentiasa wujud disekililing dan didalam badan kita sendiri) . Dengan mengingati hakikat ini , kita tidak perlu risau atau takut dengan ujian dan dugaan yang didatngkan dalam pelbagai zat dan sifat. Kerana pengasihnya Allah itu menjadi jaminan bahawa setiap ujian itu bukanlah bertujuan untuk menzalimi kita bahkan ia merupakan satu cara bagi Allah untuk memberikan lebih banyak nikmat untuk hambanya , nikmat yang amat tersirat kewujudannya. Sebetulnya , pemberian nikmat itu juga menjadi ujian bagi kadar pemberian nikmat yang seterusnya. Sesunguhnya Allah itu maha kaya dan Dia juga maha pemurah(dua sifat yang selalunya amat payah utk bersatu dlm satu tubuh dan jiwa manusia).Dengan ujian inilah baru kita mengerti betapa bernilainya setiap satu perkara yang kita miliki . sebutir atom pun semestinya mensyukuri kewujudan atom yang lain yang dapat membantunya mencapai kestabilan . Semestinya , nikmat yang datang daripada ujian itu tinggi rendah nilainya kepada kita bergantung kepada' level ' ujian tersebut. Sesungguhnya bersama setiap kesusuhan itu kesenangan , janji Allah , yang semestinya benar. Sebenarnya masalah cinta ketika belajar juga dapat diatasi jika kita percaya dengan kasih Allah. Kita tidak akan sibuk mencari pasangan kerana percaya dengan ketetapan jodah yang tuhan tetapkan , ketetapan yang terbaik mestinya untuk diri kita kerana yang pertamanya Dia yang mencipta kita lantas mengetahui apa yang terbaik untuk ciptaannya .Kedua , sesungguhnya Allah itu maha pengasih , maka Dia tidak akan menetapkan sesuatu yang buruk atau memudratkan kepada hambanya.
Mungkin lebih mudah berbicara berbanding mereka yang menghadapinya di alam realiti ,mungkin, sesungguhnya diri ini tidak mengetahui(mungkin tau jugak kot, skit2 ha ha)

Ok, salam , semestinya kita dicucuri dengan rahmat yang me(limpah)2

No comments: