Friday, May 8, 2009

Bismillahhirahmairrahim.

bila baca novel Advencer Si Peniup Ney , Faisal Tehrani(beli lama dah , baru nak sambung baca) rasa teringin untuk merasai kemanisan cinta kepada Allah seperti yang dirasai oleh ahli sufi.
Dikisahkan rasa cinta itu berkembang dari saat kita memikirkan betapa hebat dan sempurnanya Allah ,lantas hati diselubungi kedukaan kerana teramat rindukan Allah , natijah daripada asyik memikir-mikirkannya . Kemuncaknya jiwa bergetar dikuasai emosi, makin lama penuh melimpah lantas melahirkan kegembiraan , kebahagiaan , ketenangan dan keasyikan yang amat kerana telah mendapat cinta Allah ,cinta dari Dia yang maha indah lagi maha sempurna . Cinta yang sebegini tinggi nilainya , sudah tentu tidak akan singgah di jiwa-jiwa manusia yang terbelenggu dengan dunia , segala ikatan dengan dunia haruslah diputuskan dalam menggapai cinta yang hakiki lagi penuh suci. Marilah kita sama2 mencari cinta Allah yang sememangnya wujud tanpa keinginan kita untuk menerimanya sedangkan Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang.

Sabda rasulullahhi sallalallahualaihiwasallam:

Di dalam jiwa itu terdapat satu ruang tempat berkumpul. Barang siapa mencintai satu sama lain, maka berkumpullah di situ dan barang siapa tidak, mereka pun tidak turut serta didalamnya
(Bukhari & Muslim)

No comments: