Friday, September 25, 2009

bismillahirrahmanirrahim

kelemahan dan keterbatasan akal manusia menyebabkan lahirnya sudut baik dan buruk ,pro dan kontra sesuatu perkara.

ketidakupayaan manusia untuk melihat kebaikan sesuatu secara menyeluruhlah yang menyebabkan kita mendefinisikan kebaikan yang tidak kelihatan dan tidak terjangkau itu sebagai satu keburukan .

keterbatasan akal dan tuntutan nafsu mewujudkan
sudut buruk dan negatif atas segala yang wujud di bumi ini.
sesuatu perkara yang tidak dapat memenuhi kemahuan dan nafsu diri secara menyeluruh
dikira mempunyai kekurangan dan kelemahan

namun , kedua-dua faktor inilah yang mendorong manusia untuk
mencari kesempurnaan ,
membawa manusia untuk bertemu Dia yang maha sempurna
di akhir pencarian

Jadi , penciptaan manusia dengan nafsu dan akal yang terbatas
merupakan jalan yang tuhan ciptakan
untuk hamba-hambanya mengenali tuhan yang maha sempurna ,
kesempurnaan tuhan amat serasi dengan manusia yang penuh kekurangan
dan sentiasa mengharap akan kesempurnaan.


Segala yang tertaip hanyalah kemungkinan yang berlegar di benak fikiran hamba yang penuh kekurangan , jauh dari kesempurnaan.
Hanya Dia yang mengetahui hakikat penciptaan segala sesuatu dengan sebenar-benarnya.

Salam.

Saturday, September 19, 2009

eidil fitr

bismillahirrahmanirrahim.

Malam ini,
gema takbir menguasai alam,

seakan setiap makhluk di bumi , langit dan antara keduanya ,
bertakbir ,
mengagungkan Dia.


biarkan gema beralun puja dan puji ini
menjadi bahasa alam , hingga fajar menyinsing ,
kerana rahmat kasihNya ,
mengizinkan hamba ini menghampirkan diri ,
kepada Dia yang maha sempurna ,
kepaada Dia yang mengutuskan rasa tenang .



moga hari yang mendatang
tidak menjadikan diri ini menjauh kembali.


setiap detik waktu berlalu
membawa diri semakin hampir untuk bertemu denganNya ,
tidak pernah menjauh ,
bukti bahawa tuhan inginkan hambanya untuk dekat , hampir
kerana
Dia maha pengasih

cuma , diri ini yang acap kali menjauh ,
menurut hati dan nafsu
yang merajai tubuh .

salam


Saturday, September 12, 2009

bismillahirrahmanirrahim

salam

di sini cuma ingin dikongsi sedikit maklumat
yang baru aku ketahui( sbb ambk psv).

seni ukir melayu itu terkandung di dalamnya falsafah kesufian.
Masyarakat melayu terdahulu tidak malihat alam ini dari sudut kebendaan semata-mata
tetapi dari sudut yang lebih luas

seni ini termasuk dalam seni mukaddas, iaitu seni yang membawa maksud simbolik selain maksud zahirnya.

misalnya:

moti sulur buyung yang biasanya terdapat pada masjid biasanya menghala ke atas,
melambangkan pemusatan kepada suatu kuasa yang sangat tinggi

-pola yang menghala kelangit ialah simbol hubungan dengan tuhan
-pola yang menghala ke bawah ialah simbol hubungan manusia denagn alan sekitarnya dan juga
dengan manusia yang lain

lazimya kedua-dua pola ini digabungkan dalan satu motif ukiran

-kebanyakkan motif bunga berbentuk bulat yang melambangkan alam semesta

-bahagian atas kuntuman bunga(kelopak) melambangkan alam nyata manakala
-bahagian bawah bunga melambangkan alam ghaib

-rahim atau ovari bunga melambangkan inti kejadian menusia

-hujung daun yang tidak mencecah batang melambangkan sifat org melayu yang
berkias dalam menegur atau mayampaikan hasrat hati.

berdasarkan apa yang dibaca , masyarakat melayu dahulu itu kelihatannya , lebih dekat dengan tuhan ,

rumah yang menjadi tempat persinggahan di dunia , tempat di mana kehidupan dunia bermula ,
tidak dipisahkan dengan aspek ketuhanan dan perhambaan,

mereka juga lebih banyak merenungkan keindahan dan kesempurnaan ciptaan tuhan ,
lantas hati yang bersih lagi luhur , mendetikkan rasa betapa untungnya menjadi hamba ,
rasa itu dizahirkan ,namun secara ,tersirat ,
melalui liuk lentok kayu yang diukir indah.

seni ini , seni yang punya nilai keislaman
seni yang hakikatnya makin mereput dimamah zaman.

salam.
(tiba2 rsa cam nak ambk course architecture , ha3x;)