Saturday, April 18, 2009

kasih tuhan

Dengan nama Tuhan ,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani ,

Kini baru kusedar , barukini .

Setiap hari ,
Aku diperlihatkan langit yang begitu mempesona,
Karya Dia,
Dia yang Maha Agung,
Dia yang Maha Indah , lagi mencintai keindahan

Kini baru bisa kusingkap
Hakikat di sebalik keindahan
Kehalusan dan kesenian setiap ciptaan
Setiap satunya punya perancangan yang maha teliti

Menzahirkan hakikat bahawa
Tuhan itu Maha penyayang,
diciptakanNya segala yang terbaik di bumi ini ,
ciptaan yang tiada duanya di seluruh semesta ini ,
sebagai tatapan hamba-hambanya
yang leka dan bongkak
hamba yang tidak menyedari bahawa
mereka itu punya tanggungjawab yang azim
dalam perhubungan ketuhanan dan perhambaan

Hamba ini , tidak rela
Melakukan yang terbaik
Dalam setiap ibadahnya,
Tidak mampu mengikhlaskan segalanya,
Hanya untuk Dia
Yang punya segala di langit,bumi,dan
Diantara kedua-duanya

Meskipun hamba ini
Diciptakan sebagai sebaik-baik ciptaan,
Tanda kasih Yang Maha Esa,
Tuhan sekalian alam,
Tuhan yang bersifat dengan segala kesempurnaan,
Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Thursday, April 9, 2009

banyak perkara yg masih belum selesai,
tanggungjawab yang belum terlaksana masih belum usai,
sedangkan usiaku semakin meningkat,
semakin diri menghampiri ajal
setiap saat,setiap detik, setiap darjah putaran jam.
ku mohan diberi kekuatan
agar dapat aku laksanakan setiap amanat
kerna telah tersurat bahawa
aku khalifah di bumi ,
setiap gerak dan kalimat
bakal dipersoal di akhirat
di depan Dia ,
Dia yg maha menguasai segala yang wujud,
Dia yang padanya aku bersujud.