Friday, June 12, 2009

.........................

dengan nama tuhan yang maha pemurah lagi maha mengasihani

di sini ada beberapa perkara yang ingin dikongsi , hsil bacaan majalah 'solusi' yang diterbitkan oleh Telaga Biru dalam sebuah artikel yng ditulis oleh Pahrol Mohamad Juoi.

bahagia . apakah bahagia yang sebenarnya?
adakah ujian hidup penyebab kepada hilangnya bahgia?
jika begitu , tidak akan ada kebhagiaan didlm hidup kerana kehidupan itu sendiri adalah ujian.

kebahagiaan dan ujian itu dapat diumpamakan seperti tangan yang berdarah dengan perahan limau nipis.

cuba kita titiskan perahan limau itu diatas tangan yang tidk terluka , sudah tentulah kita tidak merasa pedih . Namun jika kita titiskannya diatas tangan yg terluka , hah, sudah tentulah teramat pedih. Jadi, adakah perahan limau yang menyebabkn pedih ataupun luka di tangan penyebabnya? Sudah tentulah luka tersebut.

Jadi tangan tersebut ibarat hati dan perahan limau itu ibarat ujian hidup.
hati yang 'sihat' akan menerima ujian dengan sabar dan reda , sementara hati yg 'sakit' akan merasakan kekecewaan , putus asa , kesedihan yang melampau dan bermacam -mcam lagi perasaan negatif.

secara ringkasnya , ujian hanya menzahirkan keadaan hati seorng insan . ( habis , ha ha, x tau dah nak tulis apa , yg ni pun cedok dari buku : )

semoga post yg sederhana ini memberi manfaat buat semua. salam.