Dengan nama Allah , Tuhan yang Maha Pemurah ,lagi Maha Mengasihani.
selawat dan salam keatas nabi Muhammad serta sekalian keluarga dan sahabat baginda.
" Dia menurunkan malaikat , membawa wahyu dengan perintah-Nya kepada sesiapa yang dikendaki-Nya daripada hamba-hamba-Nya (dengan berfirman):"Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada-Ku ."
(An-Nahl, ayat ke-2)
Dalam ayat ini wahyu disifatkan sebagai roh yang membawa gambaran bahawa wahyu merupakan nyawa yang menjadikan manusia itu hidup.
Manusia itu sememangnya cenderung kearah membinasakan diri sendiri lantas, memusnahkan hidup .
Jadi , wahyu merupakan satu panduan yang lengkap daripada Pencipta Yang Esa untuk membuatkan manusia benar-benar hidup kerana wahyu melindungi manusia daripada kehancuran(jika dituruti dan dipatuhi lah..) lantas kehidupan dapat berlangsung.
wahyu juga menghidupkan hati yang mati , menerangkan kalbu yang jahil , menghidupkannya dengan matlamat yang satu.
Jadi , bagaimanakah mungkin untuk manusia tunduk patuh denagan sebenar-benarnya pada perintah dan wahyu Allah ,untuk hidup , hidup dengan sebenar-benarnya?
Ketundukan dan kepatuhan kepada Allah yang dizahirkan dengan menjadikan hidup sebagai ibadah merupakan tingkatan cinta tertinggi terhadap Allah .
Tingkatan cinta yang tertinggi ialah berbentuk penghambaan yang sepenuhnya hanya untuk Dia ,yang diawali oleh hubungan hati dengan pihak yang dicintai , kemudian dilanjutkan dengan curahan hati ,lalu timbul pengorbanan kerana perasaan cinta yang mendalam , yang disusuli kemudian oleh rasa rindu yang akhirnya membawa penghambaan diri kepada Dia yang Maha Sempurna.
Segala-galanya tidak mungkin berlaku melainkan jika hati mengenal Allah dan tidak mungkin bagi hati untuk mengenal Allah melainkan melalui satu asas yang dinamakan tawheed .
Tauheed merupakan asas wahyu ,iaitu pengakuan dan penyaksian bahawa tiada tuhan melainkan Allah , tiada tuhan yang berhak disembah , melainkan Allah dan manusia semestinya wajib mentaatiNya.
Oleh itu , tauhid merupakan ruh ataupun hidup yang sebenar-benarnya kerana ianya merupakan satu-satunya asas bagi wahyu yang kemudiannya memberi kehidupan dalam kewujudan manusia.
To live a life is to know your one and only God.
So, are we actually living or just merely existing?
salam.
No comments:
Post a Comment