Dengan nama Tuhan ,
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani ,
Kini baru kusedar , barukini .
Setiap hari ,
Aku diperlihatkan langit yang begitu mempesona,
Karya Dia,
Dia yang Maha Agung,
Dia yang Maha Indah , lagi mencintai keindahan
Kini baru bisa kusingkap
Hakikat di sebalik keindahan
Kehalusan dan kesenian setiap ciptaan
Setiap satunya punya perancangan yang maha teliti
Menzahirkan hakikat bahawa
Tuhan itu Maha penyayang,
diciptakanNya segala yang terbaik di bumi ini ,
ciptaan yang tiada duanya di seluruh semesta ini ,
sebagai tatapan hamba-hambanya
yang leka dan bongkak
hamba yang tidak menyedari bahawa
mereka itu punya tanggungjawab yang azim
dalam perhubungan ketuhanan dan perhambaan
Hamba ini , tidak rela
Melakukan yang terbaik
Dalam setiap ibadahnya,
Tidak mampu mengikhlaskan segalanya,
Hanya untuk Dia
Yang punya segala di langit,bumi,dan
Diantara kedua-duanya
Meskipun hamba ini
Diciptakan sebagai sebaik-baik ciptaan,
Tanda kasih Yang Maha Esa,
Tuhan sekalian alam,
Tuhan yang bersifat dengan segala kesempurnaan,
Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
No comments:
Post a Comment