“Lama ka Iz cuti?”
“Ada la dalam dua bulan hehe”
“Ish, lama jugak tu, boleh la teman wan dengan tok kat
kampong ni. Hang pon lama dah tak balek. Dulu waktu hang kecik-kecik tok la
yang dok jaga hang, bagi makan, minum, mandi sungai, basuh ber…”
“Aaa, ya la tok, boleh, boleh, apa pulak tak boleh. Tok
masak lauk apa malam ni, bau sedap ja.”
“Tok masak lauk ayam masak merah dengan masak lemak. Haa,
tergugat la tu nafsu makan dan berkeronconglah perut. Cepat , baca do…”
Bismillahirrahmairrahim, amin
Aik, pendeknya doa
“Cukuplah tu, lapar ni tok, Tok
, wan jemputla makan”
.......................................................................................................................................................................
Iz melangkah ke depan rumah. Wan membaca al-Quran, berhenti
sebentar membalas bicara cucunya
“Gelap langit malam ni kan Wan,
angin pon kuat. Guruh, kilat.”
Nak hujan la tu, sejuk la sikit
malam ni, Alhamdulillah.
Di langit kilat sabung-menyabung,
berakar membelah pekat malam, hendak benar berjumpa bumi di bawah sana. Wan
meneruskan bacaan al-Quran, suaranya mengalir lemak ,lembut . Angin bertiup
masuk , menambah damai menemani tenang yang amat jarang bertandang.
“Senyum sorang-sorang ni pasai
pa?” tok menyusul, mengelap tangan yang basah, mugkin baru selesai mencuci
pinggan di dapur.
“Hati senang tok, perut pulak
kenyang.”
“Baguihla, tu bilik, belakang tu
tok dah siap kemas dah, boleh la kalau nak masok tidoq, tapi sebelum tu jangan
lupa semayang isyak dulu. Hang tak semayang lagi kan?”
Iz menggeleng, sedikit tertunduk
“Ha, kalau macam tu satlagi sembahyang
dengan tok, jadi imam, wan hang tadi dah semayang kat masjid.”
“Hah?! Ish tak mau la tok.”
“Awat pulak tak mau?”
“Segan”
“Ish nak segan apanya dengan tok,
dah2, pi ambek ayaq semayang, tok nak pi ambek telekong sat.”
......................................................................................................................................................................
Tika itu musim
rambutan. Gugusan merah rambutan penuh memeuhi pokok.
“Banyaknya rambutan!!! Wan cepat la kait wan, tak tahan dah
ni!”
“Iya ,ya sabaq la sat, Wan ni dah
tua, tak kesian ka?” Balas wan beriring tawa.
Beberapa tika
berlalu………………dan nah ! bakul-bakul yang penuh dengan rambutan!
“Sedap?”
“Sedapp wan, maneh.”
“Tulah rasa dan hasil satu pengabdian, bila kita menyerahkan
diri sepenuhnya kepada Tuhan. Iz tau tak yang pokok ni pun sebenaqnya hamba
macam kita jugak. Mungkin, depa hamba yang lebih baik.”
“Sebab apa pulak Wan?”
“Sebab depa setiap masa dalam ibadah,dalam pengabdian dan
ketundukan diri kepada Tuhan. Maknanya, apa yang depa buat semuanya ikut arahan
dan rancangan Tuhan, tak melawan langsung. Setiap daun yang tumbuh, satiap daun
yang gugur, setiap cabang ranting semuanya ikut cakap Tuhan. Hasilnya,
buah-buah yang manis, bukan saja memberikan kebahagiaan kepada diri depa, tapi
jugak kepada makhluk-makhluk lain kat
dunia ni, macam kita.”
“Tak paham sangat la Wan.”
“Tak pa, tak pa nanti pelan pelan la belajar untuk paham.
Yang penting jangan berhenti belajaq. Biaq nanti hang tau tempat hang kat bumi
ni.”
“Tempat apa pulak la wan ni… wan ,wan jom la pi mandi sungai
pulak!!!”
Sekarang..
Waah, banyak betul rambutan! Kait,kait,kait.
Hmm ,tinggi la pulak buah kat atas tu….kait je la yang mna
boleh.
Eh, benda apa pulak ni? Iz melihat ke atas pokok. Ada
sesuatu yang ganjil, menghalang cahaya
matahari pagi,tersangkut di dahan , terlindung oleh rimbunan daun dan
buah-buah yang masak ranum. Dia menolak-nolak objek tersebut dengan galah di
tangan, menanti jika ada sebarang reaksi sambil hatinya menduga apa sahaja objek
tersebut sebenarnya. “ Nampak macam…” objek yang ditolaknya tiba-tiba terjatuh
dari dahan menghempap bumi.
Oh, mak kau! Dia terlompat ke belakang sedikit, terkejut,
kemudian menghampiri objek tersebut.
Alamak,orang la! Kelihatan sekujur tubuh di tanah (outfit
character design for alien), tidak sedarkan diri, tiada sebarang kecederaan
yang dapat dilihat. Dia menghampiri tubuh tersebut, memeriksa denyut nadi dan
nafas “ Hidup lagi!”
“Tok!!, Wan!!”
.......................................................................................................................................................................
Macam mana wan? Nak bawak pegi hospital ke?
Eh eh pasai pa tiba-tiba cakap kl ni? Sat, kita tengok dulu
macam mana, hang pi panggil Tok Long(tukaq nama nanti utk lebih sesuai),
Pangge dia mai tengok sat.
Beberapa ketika kemudian.
Nampak macam takdak apa-apa,takdak patah-patah, dalam dia
semua okey lagi ni, mungikin dia pengsan ja kot, tunggu la, nanti insyaallah
dia jaga.
Alhamdulillah, kalau macam tu tak pa la. Jemput Teh minum kopi
dulu. Iz pi ambek ayaq kat tok hang tu.
Iz tidak mangendahkan panggilan ,atau tak sedar,tenggelam
dalam lamunan,tersenyun-senyum sendiri.
Iz!!
Ha, ya wan, ada pa
Tu pi tolong tok hang angkat kopi mai sini,
Angkat tok mai sini?
Nak angkat tok hang buat apa,Aku
kata angkat kopi,
oo.angkat kopi
ish budak ni, pehai la dia ni.
.......................................................................................................................................................................
Iz sampai di hadapan
sebuah rumah kampong, lamanya kemas,
nyaman, bayu pagi bertiup lembut , memnyejukkan badan yang berpeluh memecut
basikal.
Assalamualaikum,
assalamualaikum, Tok Long, oo Tok Long!
Assalamu…..
Tiba –tiba pintu terkuak
Tok tak
dak, dia pegi kebun, seorang gadis bertudung santun menutup tubuh menjawab.
Oo…oo,iz
tersedar dari pegun seketika tadi, cepat cuba memusingkan basikal, mula untuk
mngayuh basikal, namun berpaling semula.. aaa, cantik! Eh , silap-silap, cik,
cik, tau dak kebun tu dekat mana?
.......................................................................................................................................................................
Hari tu tak sempat
pon nak kutip rambutan sebab dia punya
pasal(sambil melihat dia yang mengikut dari belakang). Hari ni aku nak kutip
banyak-banyak. Tapi cepat pulak la dia sihat, dua hari ja dah sembuh.
Jom, nah tolong bawak bakul ni.
Tok dengan wan keluar pi dengar kuliah agama, terpaksalah
bawak dia sekali, tapi boleh la jugak dia tolng sikit sikit hehe.
Sampai ke kebun, pokok rambutan penuh dengan buah yang masak
ranum!
Iz kelihatan sedang mangai-ngait buah rambutan,’ hah,
buah-buah yang dah jatuh tu hang boleh la tolong kutip boh dalam bakul.
Mereka terus mngait dan mengutip untuk beberapa
ketika,hingga akhirnya, sebakul penuh rambutan!
Nah nak rasa?
Dia mengambil, teragak-agak untuk makan.
Makan la sedap tau, maneh!
Dia makan, em. Sedap! Lalu tersenyum
Haa kan aku dah kata sedap. Tok kata ni lah rasa satu
pengabdian, manis.
Dia hanya melihat kepada iz, seolah cuba mengerti.
Ni baru ambek buah yang kat bawah , tak sampai nak ambek
buah yang tinggi-tinggi, sayang toi.
Tiba-tiba dia bangun , bergerak kea rah pokok rambutan,
kemudian memukul batang pokok rambutan, kuatnya menggegarkan tanah ,
menggingcang pokok, dan menggugurkan buah-buah rambutan dari pokok-pokok lain
di dalam dusun!
Buah rambutan berguguran ke bumi!
Dia ni ada kekuatan luar biasa,
iz ternganga.
.....................................................................................................................................................................
Ish, kenapa dengan aku ni, sikit-sikit teringat dia.
Sapa dia, sapa nama dia?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Dada teramat sesak, padat tertekan, oleh takut, dalam
kekalutan manusia, jerit pekik hysteria, aku tertegun dibeban takut, pada apa
yang menanti selepas ini. Saat semuanya hilang, bagai mimpi yang tidak
terulang. Saatnya aku disapa sedar. Aku sedar dalam takut, saat apa yang selama
ini luput menjadi wujud, wujudnya menuntut janji-janji yang pasti. Janji yang
telah aku menterai, dengan bahagia atau seksa abadi sebagai ganti.
Manusia –manusia kalut, berlari ke sana kemari, mencari-cari
perlindungan pada dunia,pada realiti yang
semakin menghilang, berhambur .
Dia tersedar,dadak berombak besar, nafas yang tercungap,
peluh. Dia amati sekeliling, asing,yang dia sekarang di tempat asing.
Dia berjalan keluar dari bilik, mambuka pintu rumah, keluar,
menikmati dingin malam, ingin mencari tenang pada bintang –bintang yang
bersinar terang. Dia duduk ,mendongak muka ke langit.
Sayup-sayup dia terdengar,
alunan suara mengalir lembut,damai, tenang. Dari celahan dinding kayu mencari
hati yang merindu . Dia amati rasa di hati, seolahnya ada kerlip bintang
menerangi.
......................................................................................................................................................................
Wan baca apa mlam tadi?
Malam tadi?
Semalam saya dengar bunyi,
indah. Macam bintang di langit.
Wan melihat kepadanya dalam dan tenang.
Semlam Wan mengaji.Baca Al-Quran. Wan nak cari panduan,
ingin dengar kalam Tuhan,supaya nanti hidup sampai pada tujuan , dapat pulang
disambut keredhaan.
Al-quran yang diwahyukan, bintang
berkerlipan datang kedua-duanya dari Dia yang mencintai keindahan.
Al-Quran sama seperti bintang,
memberi panduan pada insan, petunjuk yang indah untuk membawa kepada satu
keindahan. Saatnya bila manusia kenal erti kehidupan ,tahu letak duduk sebagai
hamba Tuhan ,tunduk pada kehendak dan aturan Tuhan,saat itu hilanglah segala
kecelaruan, kesongsangan dan kebatilan. Semuanya benar dalam aturan. Semuanya
mencapai keindahan.
Iz diam,cuba menghadam butir kata
atuknya,cuba mencari makna dalam kata yang sudah tertib indah susunnya.
“Wan ,” alien(?) bersuara.
“Ajarkan saya al-Quran”
Iz,sedikit tersentak, Wan
menguntum senyuman.
“Ha, baguslah kalau hang nak
belajaq al-quran”, toknya mencelah . “nanti Iz hang pon blajaq skali”.
“Haah?!
Pulak!”
No comments:
Post a Comment