Tuesday, August 28, 2012


sacrifice brings ramadhan memories back,
for then we were trained to choose truth over desire,

as i have just finished an exam,what have been learned,hard to be remembered, what more to be repeated, but the deterioration experienced means some values are missing,

Call back those sweet memories, dig deeper, find its essence and lessons, for that what used to make us a better person.

Wednesday, August 1, 2012

"Dua kalimat yang disukai ar-Rahman, ringan diucapkan oleh lisan, berat pahalanya pada neraca, iaitu kalimah " سبحان الله و بحمده، سبحان الله العظيم ". -Hadith riwayat Bukhari.

Habib Ahmad Masyhur bin Thaha al-Haddad rahimahUllah menulis dalam karya beliau "Miftaahul Jannah" pada halaman 146 penjelasan berikut:-

"Maka apabila engkau melafazkan " سبحان الله و بحمده ", yang engkau maksudkan ialah "Aku mensucikanNya dengan pujianNya (yakni aku memuji Allah dengan pujian Allah bagi diriNya)", dan adalah pujianNya bagi DiriNya itu qadim (tiada permulaan) kerana Allah bersifat dengan Qidam dan kekal abadi dengan keabadianNya (yakni berkekalan selama-lamanya kerana Allah bersifat kekal abadi tiada kesudahan). Ini menjadikan ucapan tersebut tiada dapat dihinggakan bilangannya (bersifat "infinity") dan tiada dibatasi sebarang had batasan. Maka dengan ucapan tersebut, engkau memuji Allah dengan pujianNya sendiri bagi diriNya (yakni puji Qadim bagi Qadim) dan bukannya engkau memujinya dengan pujian engkau sendiri."   

-http://bahrusshofa.blogspot.com/2010/04/rahsia-wa-bi-hamdihi.html


Monday, July 23, 2012


Bulan puasa nilah masanya peluang nak gandakan amalan-amalan sunat, terawih malam-malam ramadhan jalan Tuhan sediakan untuk kita mendekat,

Petikan dari sebuah hadith qudsi:
"Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang sudah Aku fardukan ke atasnya.Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan amalan sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku mencintainya, Akulah yang menjadi pendengarnya yang ia mendengar dengannya dan penglihatannya yang ia melihat dengannya dan tangannya yang ia pegang dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya dan sesungguhnya jika dia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya dan sesungguhnya jika dia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya dan sesungguhnya jika dia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya.”

Mungkin nilah kaitannya macam mana puasa dapat membawa kepada taqwa

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sepertimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa”(Surah Al-Baqarah : 183)

Puasa bukan nak kejar ganjaran semata-mata,

Dalam sebuah hadith sahih,
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Siapa yang puasa di bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas diampuni Allah dosanya yang telah lalu"

Pengampunan dosa sebagai janji penarik, pemula langkah untuk tujuan yang utama, iman dan ikhlas,
Ganjaran sebagai gula-gula, menarik hamba untuk buka langkah mula, tapi ganjaran bukanlah segala, yang penting ikhlas di dada,iman sebagai pemula.

Percaya kita hamba,nanti semua kembali kepada Dia, semua ganjaran segala, milik Dia semua, nanti kepada Dia kembali semua, kita hamba nak cari redha,serah diri pada Dia.








Monday, July 9, 2012

Muka lawa, badan sihat, hati bersih, ada keluarga,
Semua ada pujiannya, sebab semua ada keadaan buruknya,

Jadi ingatlah Alhamdulillah,
Segala puji hanyalah bagi Allah,
‘Alhamdulillah’ buat kita sedar kita hamba
Hidup bukan nak cari pujian atau kemuliaan, sebab dua-dua milik Tuhan,
Hidup kita nak cari keredhaan.

Monday, July 2, 2012

Syurga

kalau dalam syurga ada bulan
seberapa cantikkah malam,

kalau dalam syurga ada bintang
masihkah kita mengharapkan siang

lihat diri dalam cermin,
macam ni nak balik menghadap Tuhan?
Indah lagi bintang,
patuh lagi bulan.

everybody, lets istighfar, if you may, TQ :)


Sunday, July 1, 2012

Sungai nampak sibuk,
air berkejaran,entah apa urusan,
mungkin menyebar berita dari hujan,
pada bumi berita langit dicurahkan,
manusia-manusia yang menghalang
diusir mencari teduhan,
dan dentuman guruh
lantang memuji Tuhan.


Monday, June 25, 2012



Assalamualaikum, sambung cerita, inilah apa yang ada, moga ada manfaatnya :)

..................................................

Pagi itu dingin. Matahari masih bermalas-malas diselimuti kepulan awan-awan gebu ,rendah di ufuk langit.

"Bismillahirrahmanirrahim." Tutur Wan. Kemudian Wan panjatkan selawat kepada nabi Muhammad, junjungan mulia, pembawa rahmat ke seluruh buana. Tidak lupa kepada ahli keluarga baginda.
 
"Pagi ni kita mula belajar al-Quran. Iz dan, apa nama cek?"

"Falah."

"Falah. Iz , Falah, dengar baik-baik." Ujar wan beriring sorotan mata dalam dan tepat kepada kami, satu wajah ke wajah yang lain.

"Perkara pertama yang kamu perlu tahu tentang al-Quran ialah, Quran itu, Tuhan, pemilik segala yang di langit, bumi dan antara keduanya, menurunkannya untuk kamu."

"Quran tu, dari Tuhan, untuk hang Iz."

" Quran itu untuk hang Falah, dari Tuhan pemilik segala."

Wan menghulurkan naskah Quran terjemahan. Satu untuk Falah, satu untuk Iz.

"Ambil." Wan mengarah juga mempelawa. 

Quran dicapai , menyambut huluran tangan . Quran kini beralih tangan.

" Nanti, Wan nak hampa dua orang, baca, bawak masuk dalam hati, terjemahan surah Pembuka, surah al-Fatihah, siapa pengirim naskah untuk kamu ni, apa tujuannya."

Aroma nasik lemak panas terapung nipis dalam dingin pagi, diiring aroma kopi panas, harum.

"La ni, jom kita sarapan dulu." tutur Wan dalam senyum.

"Wan, ajak la cucu-cucu mai makan !" Tok memanggil dari dapur.

"Iya la sayang!" Balas Wan dalam senyum, senyum yang lebih manis.

...................................................................................................................................

Iz bersila di atas katil dengan naskah al-Quran di tangan. Tingkap kayu yang dibuka mengizinkan sinar mentari untuk masuk, berteman melodi kicau burung mencari rezeki pagi.

Dibukanya naskah al-Quran , hingga ke lembaran surah yang pertama. Dia amati alir sulur pohon, dedaun dan bunga-bungaan yang membingkai lorekan penuh ritma tulisan khat ,sambung- menyambung penuh harmoni memenuhi semuka helaian. Indah.

Dia beralih ke tafsiran di sebelah.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

Yang menguasai hari Pembalasan.

Engkau sahajalah (ya Allah ) Yang kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami mohon pertolongan.

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.


Dalam dadanya berulang gema, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.Yang Maha Pemurah ,lagi Maha Penyayang. 

Tunjukilah kami jalan yang lurus.

...................................................................................................................................................

surat kasih,surat cinta,
padanya dikongsi cerita, dikhabar cara
agar hidup penuh sentosa,
tak mahu Dia lihat kita terseksa,
diberi penawar biar bahagia,
di sini mahupun disana,
cuma diri lewat merasa
bahawa dialah sebenarnya si penerima,
di alamat yg smntara
sebelum dijemput pulang semula.

biar dibalas segala,
biar lepas semua.

....................................................................................................................................................








Wednesday, June 13, 2012

kalau sememangnya segala kerja kita kerana Allah,
waktu sembahyanglah waktu yang paling kita tertunggu-tunggu,
waktunya bila tiada apa yang mengganggu
apa yang diminta hanya serah diri,
menghadap penuh khusyuk,
pada Dia, tujuan hidup,

kalau kedua-duanya
atas tujuan yang sama,
takkan depa saling bercanggah,
kalau kedua-duanya daripada perintah yang sama
takkan ada istilah tertunda
cuma ikut jadual yang sepatutnya

Sembahyang bukan milik kita,
bukan untuk kita.
Sembahyang itu untuk Tuhan,
untuk kita persembahkan
dengan hati penuh ketundukkan
serahkan segala kepada Tuan
apa yang selama ini dipinjamkan,

serahkan sekejap sahaja,
semua yang sememangnya,
milik Dia.




 

Monday, May 28, 2012

ehem...
cinta tu kerja Tuhan,
Dia jadikan setiap satu berpasangan
sebagai tanda kekuasaan
bagi sapa yang menggunakan akal fikiran,

Tanda kuasanya Tuhan,
saat diletakkan perasaan
bukanlah kudratnya insan untuk melenyapkan,
Tanda kuasanya Tuhan,
Walau wujudNya tanpa akhiran,
tidaklah Dia perlukan pasangan sebagai peneman.
Harapnya insan sedar kelemahan,tambah ketundukkan,
segala yang salah harap diampunkan.
 
p/s: ar-Rum:21
 

Friday, April 6, 2012

storyline

“Lama ka Iz cuti?”

“Ada la dalam dua bulan hehe”

“Ish, lama jugak tu, boleh la teman wan dengan tok kat kampong ni. Hang pon lama dah tak balek. Dulu waktu hang kecik-kecik tok la yang dok jaga hang, bagi makan, minum, mandi sungai, basuh ber…”

“Aaa, ya la tok, boleh, boleh, apa pulak tak boleh. Tok masak lauk apa malam ni, bau sedap ja.”

“Tok masak lauk ayam masak merah dengan masak lemak. Haa, tergugat la tu nafsu makan dan berkeronconglah perut. Cepat , baca do…”

Bismillahirrahmairrahim, amin

Aik, pendeknya doa

“Cukuplah tu, lapar ni tok, Tok , wan jemputla makan”

.......................................................................................................................................................................

Iz melangkah ke depan rumah. Wan membaca al-Quran, berhenti sebentar membalas bicara cucunya

“Gelap langit malam ni kan Wan, angin pon kuat. Guruh, kilat.”

Nak hujan la tu, sejuk la sikit malam ni, Alhamdulillah.

Di langit kilat sabung-menyabung, berakar membelah pekat malam, hendak benar berjumpa bumi di bawah sana. Wan meneruskan bacaan al-Quran, suaranya mengalir lemak ,lembut . Angin bertiup masuk , menambah damai menemani tenang yang amat jarang bertandang.

“Senyum sorang-sorang ni pasai pa?” tok menyusul, mengelap tangan yang basah, mugkin baru selesai mencuci pinggan di dapur.

“Hati senang tok, perut pulak kenyang.”

“Baguihla, tu bilik, belakang tu tok dah siap kemas dah, boleh la kalau nak masok tidoq, tapi sebelum tu jangan lupa semayang isyak dulu. Hang tak semayang lagi kan?”

Iz menggeleng, sedikit tertunduk

“Ha, kalau macam tu satlagi sembahyang dengan tok, jadi imam, wan hang tadi dah semayang kat masjid.”

“Hah?! Ish tak mau la tok.”

“Awat pulak tak mau?”

“Segan”

“Ish nak segan apanya dengan tok, dah2, pi ambek ayaq semayang, tok nak pi ambek telekong sat.”
 
...................................................................................................................................................................... 

 Tika itu musim rambutan. Gugusan merah rambutan penuh memeuhi pokok.

“Banyaknya rambutan!!! Wan cepat la kait wan, tak tahan dah ni!”

“Iya ,ya sabaq la sat, Wan ni dah tua, tak kesian ka?” Balas wan beriring tawa.    

 Beberapa tika berlalu………………dan nah ! bakul-bakul yang penuh dengan rambutan!

“Sedap?”

“Sedapp wan, maneh.”

“Tulah rasa dan hasil satu pengabdian, bila kita menyerahkan diri sepenuhnya kepada Tuhan. Iz tau tak yang pokok ni pun sebenaqnya hamba macam kita jugak. Mungkin, depa hamba yang lebih baik.”

“Sebab apa pulak Wan?”

“Sebab depa setiap masa dalam ibadah,dalam pengabdian dan ketundukan diri kepada Tuhan. Maknanya, apa yang depa buat semuanya ikut arahan dan rancangan Tuhan, tak melawan langsung. Setiap daun yang tumbuh, satiap daun yang gugur, setiap cabang ranting semuanya ikut cakap Tuhan. Hasilnya, buah-buah yang manis, bukan saja memberikan kebahagiaan kepada diri depa, tapi jugak kepada  makhluk-makhluk lain kat dunia ni, macam kita.”

“Tak paham sangat la Wan.”

“Tak pa, tak pa nanti pelan pelan la belajar untuk paham. Yang penting jangan berhenti belajaq. Biaq nanti hang tau tempat hang kat bumi ni.”

“Tempat apa pulak la wan ni… wan ,wan jom la pi mandi sungai pulak!!!”

Sekarang..

Waah, banyak betul rambutan! Kait,kait,kait.

Hmm ,tinggi la pulak buah kat atas tu….kait je la yang mna boleh.

Eh, benda apa pulak ni? Iz melihat ke atas pokok. Ada sesuatu yang ganjil, menghalang cahaya  matahari pagi,tersangkut di dahan , terlindung oleh rimbunan daun dan buah-buah yang masak ranum. Dia menolak-nolak objek tersebut dengan galah di tangan, menanti jika ada sebarang reaksi  sambil hatinya menduga apa sahaja objek tersebut sebenarnya. “ Nampak macam…” objek yang ditolaknya tiba-tiba terjatuh dari dahan menghempap bumi.

Oh, mak kau! Dia terlompat ke belakang sedikit, terkejut, kemudian menghampiri objek tersebut.
Alamak,orang la! Kelihatan sekujur tubuh di tanah (outfit character design for alien), tidak sedarkan diri, tiada sebarang kecederaan yang dapat dilihat. Dia menghampiri tubuh tersebut, memeriksa denyut nadi dan nafas “ Hidup lagi!”

“Tok!!, Wan!!”

.......................................................................................................................................................................

Macam mana wan? Nak bawak pegi hospital ke?

Eh eh pasai pa tiba-tiba cakap kl ni? Sat, kita tengok dulu macam mana, hang pi panggil Tok Long(tukaq nama nanti utk lebih sesuai),
Pangge dia mai tengok sat.

Beberapa ketika kemudian.

Nampak macam takdak apa-apa,takdak patah-patah, dalam dia semua okey lagi ni, mungikin dia pengsan ja kot, tunggu la, nanti insyaallah dia jaga.

Alhamdulillah, kalau macam tu tak pa la. Jemput Teh minum kopi dulu. Iz pi ambek ayaq kat tok hang tu.

Iz tidak mangendahkan panggilan ,atau tak sedar,tenggelam dalam lamunan,tersenyun-senyum sendiri.

Iz!!

Ha, ya wan, ada pa

Tu pi tolong tok hang angkat kopi mai sini,

Angkat tok mai sini?

Nak angkat tok hang buat apa,Aku kata angkat kopi,
oo.angkat kopi

 ish budak ni, pehai la dia ni.

.......................................................................................................................................................................

Iz  sampai di hadapan sebuah  rumah kampong, lamanya kemas, nyaman, bayu pagi bertiup lembut , memnyejukkan badan yang berpeluh memecut basikal.

Assalamualaikum, assalamualaikum, Tok Long, oo Tok Long!
Assalamu…..

Tiba –tiba pintu terkuak

Tok tak dak, dia pegi kebun, seorang gadis bertudung santun menutup tubuh menjawab.                           

Oo…oo,iz tersedar dari pegun seketika tadi, cepat cuba memusingkan basikal, mula untuk mngayuh basikal, namun berpaling semula.. aaa, cantik! Eh , silap-silap, cik, cik, tau dak kebun tu dekat mana?

.......................................................................................................................................................................

Hari tu tak sempat pon nak  kutip rambutan sebab dia punya pasal(sambil melihat dia yang mengikut dari belakang). Hari ni aku nak kutip banyak-banyak. Tapi cepat pulak la dia sihat, dua hari ja dah sembuh.

Jom, nah tolong bawak bakul ni.

Tok dengan wan keluar pi dengar kuliah agama, terpaksalah bawak dia sekali, tapi boleh la jugak dia tolng sikit sikit hehe.

Sampai ke kebun, pokok rambutan penuh dengan buah yang masak ranum!

Iz kelihatan sedang mangai-ngait buah rambutan,’ hah, buah-buah yang dah jatuh tu hang boleh la tolong kutip boh dalam bakul.

Mereka terus mngait dan mengutip untuk beberapa ketika,hingga akhirnya, sebakul penuh rambutan!

Nah nak rasa?

Dia mengambil, teragak-agak untuk makan.

Makan la sedap tau, maneh!

Dia makan, em. Sedap! Lalu tersenyum

Haa kan aku dah kata sedap. Tok kata ni lah rasa satu pengabdian, manis.

Dia hanya melihat kepada iz, seolah cuba mengerti.

Ni baru ambek buah yang kat bawah , tak sampai nak ambek buah yang tinggi-tinggi, sayang toi.

Tiba-tiba dia bangun , bergerak kea rah pokok rambutan, kemudian memukul batang pokok rambutan, kuatnya menggegarkan tanah , menggingcang pokok, dan menggugurkan buah-buah rambutan dari pokok-pokok lain di dalam dusun!

Buah rambutan berguguran ke bumi!

Dia ni ada kekuatan luar biasa, iz ternganga.

.....................................................................................................................................................................

Ish, kenapa dengan aku ni, sikit-sikit teringat dia.
Sapa dia, sapa nama dia?
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Dada teramat sesak, padat tertekan, oleh takut, dalam kekalutan manusia, jerit pekik hysteria, aku tertegun dibeban takut, pada apa yang menanti selepas ini. Saat semuanya hilang, bagai mimpi yang tidak terulang. Saatnya aku disapa sedar. Aku sedar dalam takut, saat apa yang selama ini luput menjadi wujud, wujudnya menuntut janji-janji yang pasti. Janji yang telah aku menterai, dengan bahagia atau seksa abadi sebagai ganti.
Manusia –manusia kalut, berlari ke sana kemari, mencari-cari perlindungan pada dunia,pada realiti yang  semakin menghilang, berhambur .

Dia tersedar,dadak berombak besar, nafas yang tercungap, peluh. Dia amati sekeliling, asing,yang dia sekarang di tempat asing.

Dia berjalan keluar dari bilik, mambuka pintu rumah, keluar, menikmati dingin malam, ingin mencari tenang pada bintang –bintang yang bersinar terang. Dia duduk ,mendongak muka ke langit.
Sayup-sayup dia terdengar, alunan suara mengalir lembut,damai, tenang. Dari celahan dinding kayu mencari hati yang merindu . Dia amati rasa di hati, seolahnya ada kerlip bintang menerangi.

......................................................................................................................................................................

Wan baca apa mlam tadi?

Malam tadi?

Semalam saya dengar bunyi,  indah. Macam bintang di langit.

Wan melihat kepadanya dalam dan tenang.

Semlam Wan mengaji.Baca Al-Quran. Wan nak cari panduan, ingin dengar kalam Tuhan,supaya nanti hidup sampai pada tujuan , dapat pulang disambut keredhaan.

Al-quran yang diwahyukan, bintang berkerlipan datang kedua-duanya dari Dia yang mencintai keindahan.
Al-Quran sama seperti bintang, memberi panduan pada insan, petunjuk yang indah untuk membawa kepada satu keindahan. Saatnya bila manusia kenal erti kehidupan ,tahu letak duduk sebagai hamba Tuhan ,tunduk pada kehendak dan aturan Tuhan,saat itu hilanglah segala kecelaruan, kesongsangan dan kebatilan. Semuanya benar dalam aturan. Semuanya mencapai keindahan.

Iz diam,cuba menghadam butir kata atuknya,cuba mencari makna dalam kata yang sudah tertib indah susunnya.

“Wan ,” alien(?) bersuara.

“Ajarkan saya al-Quran”

Iz,sedikit tersentak, Wan menguntum senyuman.

“Ha, baguslah kalau hang nak belajaq al-quran”, toknya mencelah . “nanti Iz hang pon blajaq skali”.

“Haah?! Pulak!”

Tuesday, March 27, 2012

“Assalamualaikom….wan…oo wan”. Seorang budak turun dari basikal. Bergegas naik ke atas rumah. “Wan ,jom la pi sungai, kata bila petang nak pi sungai”.

“Ya la, ya, la.. jom pi sungai”.

Dalam bas, seorang remaja terjaga, dalam bas yang agak usang, jalan kampung…memandang ke luar tingkap, kemudian tertidur semula.

“Iz tengok ni,labi-labi.”

“Waa bawak balik la wan , boleh Iz bela..”

“Ishh tak boleh, tempat dia kat sungai ni, ni rumah dia, ni tempat yang Tuhan ciptakan untuk dia.”

“Ala bawak balik la wan…Pak Ndak bela lembu takpa kat rumah tu…belambak-lambak”

“Ahai, lembu memang la utk kita bela, lepas tu kita sembelih.
“Setiap benda kat bumi ni Iz, ada tempat dia.”

“Tapi wan…”

“Dah,dah nak maghrib ni, dok la kat sungai ni lama-lama….ha nantiii…wan nak balik ni…”

“Ala wan tunggu la!!!”

Terjaga lagi,melihat ke luar tingkap. Menekan loceng. Bas berhenti di sebuah perhentian bas usang. Seorang pak cik tua menunggu dia atas motosikal. Remaja melangkah turun dari bas, menghampiri si tua.

“ Assalamualaikum wan, wan sihat?”
Waalaikumussalam, Alhamdulillah, ok lagi”

“Dah, jom, tok kamu dah tunggu kat rumah tu.” Motosikal membelah sawah, diufuk, mentari petang siap untuk pulang, diraupnya saki baki cahaya di bumi, namun ada yang tertumpah, mewarnai langit.

Friday, February 17, 2012