Wednesday, January 6, 2010

dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang
selawat dan salam keatas baginda muhammad rasul tercinta dan sekalian ahlul bait.

dalam hidup , manusia cuba mencari sebab dan musabab atas segala sesuatu yang berlaku.Dengan akal manusia akan mula berfikir , bagaimanakah dari tanah dan air tumbuhnya pokok , bagimanakah manusia lahir , dan bermacam macam lagi . Dari soalan yang diajukan timbullah pelbagai kemungkinan yang menjadi jawapan dan mungkin menjadi pegangan.

dari sifat ingin tahu jugalah lahirnya mitos2 dan cerita dewa-dewi sebagai penyebab kepada pelbagai kejadian di dunia, hasil daripada pemikiran manusia . Pelbagai persoalan timbul dan menuntut jawapan.
Sipakah kita?
Bagaimanakah kita wujud?
Darimanakah asalnya dunia ini dan segala sesuatu yang wujud?

Kita mungkin menjawab tuhanlah pemula segalanya .
Namun bagaimana jika kita diajukan soalan bagimanakah pula dengan kewujudan tuhan itu sendiri ? Adakah tuhan menciptakan dirinya daripada sesuatu yang tiada ? Kita ditanya lagi , walaupun tuhan dapat menciptakan segala benda , dia tentunya tidak dapat mencipta dirinya sendiri sebelun dia mempunyai diri untuk menciptakan dirinya .

Hah , inilah antara persoalan yang ditimbulkan oleh pengarang dalam buku Sophie's World .

Bagi aku , sebagai seorang muslim agak berat untuk berbicara mengenai soal ini , namun persediaan harus dibuat , kerana ancaman terhadap umat ini sememangnya makin meningkat.

Sebelum kita mila memikirkan soal kewujudan sang pencipta , mungkin kita perlu melihat kembali ke dalam diri .

Bagaimanakah atom , antara stuktur terasas yang wujud , apakah yang menyebabkanya wujud , adakah ia punya kuasa , punya kehendak ,jika ya , bagaimana pula ia punya kehendak sebelum apa-apa pun dari strukturnya wujud? dan bagaimanakah pula ia wujud dalam bentuknya , dalam jenis yang khusus di antara berjuta-juta elemen atom yang wujud?

Jika persoalan mengenai kewujudan ciptaan tuhan yang paling asas pun tidak dapat dijawab , usahlah memandai cuba mengandaikan tentang kewujudan Sang Pencipta . Jika aturannya yang paling asas tidak dapat difahami ,mana mungkin memahami tuan empunya segala perancangan dan peraturan.

Sebagai ciptaan , kita dilengkapkan dengan maklumat yang terbatas .
Aku pernah terbaca , setipa benda selain diciptakan dengan jirim dan tenaga setiap satunya juga telah dilengkapkan dengan maklumat yang sememangnya telah ditetapkan.

Umpamanya , dari manakah lebah mengetahui cara untuk membina sarangnya yang setiap satu bentuk punya ketetapan bentuk dan ukuran yang sama ?
Dapat diumpamakan di sini seperti sebuah buku. buku itu punya maklumat.
Sudah tentu maklumat itu datangnya dari penulis atau pengarang dan dipindahkan kepada ciptaannya , dalam konteks ini buku tersebut . Adakah mungkin bagi buku tersebut untuk menambahkan maklumat di dalamnya , dengan usahnya sendiri tanpa kehendak dan kekuasaan pengarang?

Begitulah halnya dengan kita , sebijak manapun kecerdikan kita , kita tidak akan upaya untuk mengetahui melainkan apa yang ditetapkan Allah kedalam diri kita.
Jika dilihat kembali , kita seharusnya sedar bahawa kita juga tidak punya sebarang kuasa mahupun sedikit kehendak untuk memulakan kewujudan kita sebelum apa2 pun dari diri kita mula wujud . Kita sememngnya lemah , teramat lemah .

moga bicaraku yang hina ini ada gunanya dan semestinya banyak pula kekurngannya. jika ada yang salah , mohon dibetulkan.

salam

1 comment:

anonymax said...

oit muiz ejaan byk slh!