Saturday, August 1, 2009

bismillahirrahmanirrahim.



rasanya sudah lama diri ini tidak berbicara.



dewasa ini aku melihat banyak pihak menekankan pembangunan insan dari sudut fizikal berbanding dari sudut karohanian. Misalnya di sekolah aku sendiri , penekanan peraturan hanya diberikan pada aspek pakaian , rambut , name tag , motosikal. Di dalam kelas semestinya lebih berorientasikan peperiksaan.



Secara jujurnya , silibus atau pelajaran al-azhar bukanlah merupakan kunci untuk aku lebih mengenal erti bertuhan kerana perbincangan subjek2 ini lebih kepada soal fardu ain , yang sememangnya penting namun , aku merasakan ia tidak begitu memberi kesan mewujudkan rasa bahawa diri ini adalah hamba , hamba kepada Dia yang kesempurnaanya menjangkaui akal fikiran.



Aku lebih mengenal tuhan melalui subjek biologi , fizik dan kimia . Pelajaran yang menzahirkan keteraturan dan ketelitian setiap ciptaan tuhan . Keagungannya menjadikan segalanya dengan penuh sistematik , sempurna dan terperinci .



Jadi tidak hairanlah jika terdapat pelajar 'agama' yang teruk dari segenap sudut kerana pembelajaran mereka tidak dijiwai kerana tidak mengenal kekuasaan tuhan menjadikan mereka lebih teruk dari pelajar2 'bukan agama'.



Manusia itu menjadi manusia hanya apabila jiwa dan hatinya tunduk dan patuh kepada zat yang maha pengasih , maha agung maha sempurna.Di saat jiwa itu patuh , adakah deperlukan segala peraturan? Apabila jiwa itu sedar setiap detik kehidupannya dikasihi , masihkan ia tega mambalas kasih dengan pengkhianatan?

Jika dilihat dari sudut fizikal , manusia itu sememangnya lemah berbanding gajah yang gagah misalnya, burung yang berterbangan , cheetah yang pantas . Jadi , tanpa jiwa yang tunduk patuh memandu akal dan nafsu , manusia itu sebenarnya lebih hina berbanding binatang.

dengan jiwa yang patuh akal akan menyedari betapa diri ini bergantung pada rahmat dan kasihNya , lantas hati memutikkan rasa ingin menghambakan diri ,mendekatkan diri , mencari redhaNya dalam setiap kasih dan nikmat yang Dia curahkan. Di saat itu , mumgkin, manusia itu bergelar manusia.

Moga bira aku yang hina dan penuh kekeurangan , jauh dari kesempurnaan dapat memberi manfaat.

Salam.



1 comment:

nf_diana said...

ermm..
pikir2 blek,btul juga apa yg dikata..
dgn belajar yg boleh kta nmpak,yg blh kita hayati membuatkan kdg2 kita terfikir siapakah pencipta semua ni?seterusnya,mendekatkan diri lg kpd pencipta yg Maha Agung..