Bulan puasa nilah masanya peluang nak gandakan amalan-amalan sunat, terawih malam-malam ramadhan jalan Tuhan sediakan untuk kita mendekat,
Petikan dari sebuah hadith qudsi:
"Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang sudah Aku fardukan ke atasnya.Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan amalan sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku mencintainya, Akulah yang menjadi pendengarnya yang ia mendengar dengannya dan penglihatannya yang ia melihat dengannya dan tangannya yang ia pegang dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya dan sesungguhnya jika dia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya dan sesungguhnya jika dia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya dan sesungguhnya jika dia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya.”
Mungkin nilah kaitannya macam mana puasa dapat membawa kepada taqwa
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa sepertimana yang telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa”(Surah Al-Baqarah : 183)
Puasa bukan nak kejar ganjaran semata-mata,
Dalam sebuah hadith sahih,
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda:
"Siapa yang puasa di bulan Ramadhan kerana iman dan ikhlas diampuni Allah dosanya yang telah lalu"
Pengampunan dosa sebagai janji penarik, pemula langkah untuk tujuan yang utama, iman dan ikhlas,
Ganjaran sebagai gula-gula, menarik hamba untuk buka langkah mula, tapi ganjaran bukanlah segala, yang penting ikhlas di dada,iman sebagai pemula.
Percaya kita hamba,nanti semua kembali kepada Dia, semua ganjaran segala, milik Dia semua, nanti kepada Dia kembali semua, kita hamba nak cari redha,serah diri pada Dia.