Assalamualaikum, sambung cerita, inilah apa yang ada, moga ada manfaatnya :)
..................................................
Pagi itu dingin. Matahari masih bermalas-malas diselimuti kepulan awan-awan gebu ,rendah di ufuk langit.
"Bismillahirrahmanirrahim." Tutur Wan. Kemudian Wan panjatkan selawat kepada nabi Muhammad, junjungan mulia, pembawa rahmat ke seluruh buana. Tidak lupa kepada ahli keluarga baginda.
"Pagi ni kita mula belajar al-Quran. Iz dan, apa nama cek?"
"Falah."
"Falah. Iz , Falah, dengar baik-baik." Ujar wan beriring sorotan mata dalam dan tepat kepada kami, satu wajah ke wajah yang lain.
"Perkara pertama yang kamu perlu tahu tentang al-Quran ialah, Quran itu, Tuhan, pemilik segala yang di langit, bumi dan antara keduanya, menurunkannya untuk kamu."
"Quran tu, dari Tuhan, untuk hang Iz."
" Quran itu untuk hang Falah, dari Tuhan pemilik segala."
Wan menghulurkan naskah Quran terjemahan. Satu untuk Falah, satu untuk Iz.
"Ambil." Wan mengarah juga mempelawa.
Quran dicapai , menyambut huluran tangan . Quran kini beralih tangan.
" Nanti, Wan nak hampa dua orang, baca, bawak masuk dalam hati, terjemahan surah Pembuka, surah al-Fatihah, siapa pengirim naskah untuk kamu ni, apa tujuannya."
Aroma nasik lemak panas terapung nipis dalam dingin pagi, diiring aroma kopi panas, harum.
"La ni, jom kita sarapan dulu." tutur Wan dalam senyum.
"Wan, ajak la cucu-cucu mai makan !" Tok memanggil dari dapur.
"Iya la sayang!" Balas Wan dalam senyum, senyum yang lebih manis.
...................................................................................................................................
Iz bersila di atas katil dengan naskah al-Quran di tangan. Tingkap kayu yang dibuka mengizinkan sinar mentari untuk masuk, berteman melodi kicau burung mencari rezeki pagi.
Dibukanya naskah al-Quran , hingga ke lembaran surah yang pertama. Dia amati alir sulur pohon, dedaun dan bunga-bungaan yang membingkai lorekan penuh ritma tulisan khat ,sambung- menyambung penuh harmoni memenuhi semuka helaian. Indah.
Dia beralih ke tafsiran di sebelah.
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.
Yang menguasai hari Pembalasan.
Engkau sahajalah (ya Allah ) Yang kami sembah, dan kepada Engkau sahaja kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan orang yang dimurkai, dan bukan pula jalan orang yang sesat.
Dalam dadanya berulang gema, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.Yang Maha Pemurah ,lagi Maha Penyayang.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
...................................................................................................................................................
surat kasih,surat cinta,
padanya dikongsi cerita, dikhabar cara
agar hidup penuh sentosa,
tak mahu Dia lihat kita terseksa,
diberi penawar biar bahagia,
di sini mahupun disana,
cuma diri lewat merasa
bahawa dialah sebenarnya si penerima,
di alamat yg smntara
sebelum dijemput pulang semula.
padanya dikongsi cerita, dikhabar cara
agar hidup penuh sentosa,
tak mahu Dia lihat kita terseksa,
diberi penawar biar bahagia,
di sini mahupun disana,
cuma diri lewat merasa
bahawa dialah sebenarnya si penerima,
di alamat yg smntara
sebelum dijemput pulang semula.
biar dibalas segala,
biar lepas semua.
....................................................................................................................................................