Friday, March 27, 2009

foto by: muiz anwar(flickr)

Thursday, March 19, 2009

baju

Adat orang melayu ada menyebut :

Sesiapa memakai terbuka aurat tanda imannya sudah berkarat.
Tanda orang tidak semenggah , memakai baju berdedah-dedah,
sesiapa memakai singkap -menyingkap , tanda dirinya tidak beradab.

Adat orang melayu jati , berkain baju berhati-hati.
Apabila memakai baju terlalu jarang, malu tak ada aib pun hilang,
sesiapa memakai tembus mata , tanda dirinya di dalam nista .
Busana melayu itu pantang ia mengada - ada . Kerana membuat baju harus sejudu , jangan suka tiru- meniru , supaya tak hilang maruah melayu .

-Faisal Tehrani , Fokus bil. 55 , Februari 2006-

Monday, March 16, 2009


kini baru ku sedar bahawa tuhan itu maha kreatif,
setiap masa , awan dan langit memaparkan corak yang berbeza,
corak yg mungkin tidak prnah berulang walau sekalipun ,

kini ku sedar banyak lagi yg perlu ku renung dan fikirkan ,
setiap idea dan kreativiti di sebalik ciptaan Dia,
Dia yg menyukai kecantikan ,
Dia yang satu-satunya memiliki kesempurnaan.

Thursday, March 12, 2009

Saturday, March 7, 2009

nukilan si dhaif

suatu zaman yang lampau , islam begitu kaya dengan khazanah ilmu . Sains islam telah menguasai dunia selama 35o tahun ! Melihat keadaan ini , kita menyedari bahawa hal ini tidak mungkin berlaku hasil usaha sesetengah individu sahaja. Mengikut apa yg aku baca, kegemilangan ini terhasil daripada suatu usaha yang terancang dan terpelihara. Jika kita melihat kembali, islam melalui quran dan sunnah menekankan kepentingan dan kemuliaan menuntut ilmu seperti hadis nabi yg membawa maksud dakwat seorang ilmuan adalah lebih mulia berbanding darah seorang syahid dan banyak lagi hadis dan ayat quran yang menyeru umat islam menuntu ilmu. Ilmuan terdahulu menjadikan suruhan ini sebagai suatu daya yang memotivasikan mereka untuk mempelajari setiap ilmu dengan mendalam dan bersunguh-sungguh demi mandapatkan keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah , umpama mengejar syahid di medan perang dan syurga sebagai balasannya. Bagi mereka sains itu bertunjangkan islam dan setaraf dengan ketaatan agama dan menganggap hasil kerja mereka sebagai satu bentuk ibadah hanya kerana Allah.

Kini keadaannya jauh berbeza , umat islam dewasa ini lebih selesa bertaklid dalam setiap urusan mereka . Sikap ingin mengkaji dan mengetahui rahsia disebalik ciptaan tuhan kian pudar . Ilmu dituntut hanya berpaksikan seta berhadafkan peperiksaan , wang , dan kemasyhuran menyebabkan kita ketiadaan daya yang memotivasikan diri untuk berusaha bermati - matian demi kesejahteraaan di dunia juga akhirat . Motivasi yang berbentuk keduniaan hanyalah sementara serta amat rapuh sokongannya. Aku juga tidak dapat mengikhlaskan diri dengan sepenuhnya dalam setiap urusanku hanya untuk tuhan yang esa , yang berkuasa atas segala sesuatu di langit dan di bumi yang berkuasa atas setiap sel ,setiap molekul dan setiap zarah yang wujud di alam ini . Namun aku tetap berusaha untuk mencapai keredhaannya dengan mengikhlaskan diri ini ,kerana sesungguhnya keihklasan itu perlu dicari , perlu dibina , menuntut kepada pengorbanan sebagai harga sebuah keredhaan yang sejati dan abadi.